Monday, August 16, 2010

tolong beritahu SI DIA,aku ada
pesanan buatnya..
tolong beritahu SI DIA,cinta agung
adalah cintaNya..
tolong beritahu SI DIA,cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

tolong katakan pada SI DIA,dahulukan
Allah kerana disitu ada syurga..
tolong katakan pada SI DIA,dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

tolong ingatkan SI DIA,aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
tolong ingatkan SI DIA,aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
tolong ingatkan SI DIA,aku kasihaninya
kerana santunnya..

tolong sebarkan SI DIA,usah ucap
cinta di kala cita cita belum terlaksana..
tolong sebarkan SI DIA,andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
tolong sebarkan SI DIA,bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

tolong khabarkan pada SI DIA,aku
tidak mahu melekakan dia..
tolong khabarkan pada SI DIA,aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita citanya..
tolong khabarkan pada SI DIA,jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

No comments:

Post a Comment